Bersama menyumbang ke Tabung Dana Pembinaan Hidayah

Untuk Menyumbang Ke Tabung Dana Pendidikan Hidayah, JB, Sila layari
: http://dana.hidayah.edu.my/

Selasa, 14 April 2009

Kata - kata hikmah tentang Sahabat..

1) Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sesekali ia membengkok dan sesekali ia akan melurus.

2) Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

3) Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.

4) Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

5) Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-nyiakan teman yang diperolehinnya.

6) Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,sesungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

7) Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Tiada ulasan: